Socio-Culture 2

Oral History Fasa II

Proses oral history dijalankan untuk mendapatkan maklumat sejarah awal di Balik Pulau melalui kaedah temu bual. Hasil daripada temu bual akan dianalisis dan didokumenkan. Oral history ini mensasarkan responden yang terdiri daripada warga emas yang berusia melebihi daripada 60 tahun. Setiap kampung terdiri daripada 2 orang responden yang dikenal pasti oleh ketua kampung untuk ditemu bual. Transkrip mengenai oral history ini masih di dalam proses transkrip dan dijangka apabila siap nanti hasil maklumat yang diperoleh melalui temubual ini diharapkan  dapat memberi maklumat mengenai sejarah Balik Pulau.

Temubual dilakukan di Kampung Simpang Empat

Mengumpul sejarah Kampung Pulau Betong bersama ketua kampung, En Haris Mat Jem
 


Oral History Fasa I

Aktiviti ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat secara mendalam mengenai di Balik Pulau melalui kaedah temu bual mendalam (in-depth interview). Hasil daripada temu bual akan dianalisis dan didokumenkan. Oral history ini mensasarkan responden yang terdiri daripada warga emas yang berusia melebihi daripada 60 tahun. Setiap kampung terdiri daripada 2 orang responden yang dikenal pasti oleh ketua kampung untuk ditemu bual. Hasil maklumat yang diperoleh melalui temu bual ini diharapkan dapat memberi maklumat mengenai sejarah Balik Pulau.

Pembantu pelajar (PP) bersama responden


Interview di kebun bersama responden

Di rumah responden

Kluster sosio-budaya merupakan satu bidang yang luas yang merangkumi aktiviti sosiol masyarakat, ekonomi, sejarah dan isu sosial. Selain mengkaji maklumat mengenai budaya, kami juga mengenal pasti mengenai isu-isu sosial yang terdapat di Balik Pulau. Kajian ini bertujuan untuk membantu mengurangkan masalah sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat. Kajian ini dikendalikan oleh kumpulan Methadone.

KAJIAN MENGENAI ISU SOSIAL DI BALIK PULAU

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti isu sosial yang utama di Balik Pulau. Sebagai hasil daripada kajian ini program-program yang bersesuaian. Program-program yang bakal dijalankan adalah bersifat berpanjangan dan bermatlamat untuk mencapai kelestarian sosial di Balik Pulau.

Kajian ini berbentuk kualitatif. Kaedah mengutip data yang digunakan ialah melalui temubual mendalam. Data kajian dianalisis secara manual melalui kaedah analisis kandungan. Data kajian disusun mengikut tema-tema yang telah dikenalpasti. Seterusnya, pelan tindakan dibentuk dan program-program untuk mengatasi isu sosial dilaksanakan.

Sampel untuk kajian ini mewakili kumpulan pemimpin formal dan tidak formal. Temubual mendalam dengan ketua formal dan tidak formal melibatkan 13 buah kampung dalam kawasan Balik Pulau yang telah dipilih untuk penyelidikan ini.
  • Pemimpin tempatan
  • Pengerusi JKKKP/N
  • Individu berpengaruh dan bergiat aktif dalam aktiviti sosial
  • Wanita berpengaruh dalam masyarakat
Maklumat/statistik turut diambil daripadan jabatan kerajaan yang berkaitan bagi menyokong data primer.
  • Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Barat Daya
  • Jabatan Pendidikan Daerah Barat Daya
  • Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya
  • Pejabat Agama Islam Daerah Barat Daya

AKTIVITI TEMUBUAL BERSAMA RESPONDEN DI BALIK PULAU

Kumpulan penyelidik menumpukan proses pengutipan data kajian dengan menemubual Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP)  dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Negeri (JKKKN) sebagai fasa pertama proses pengutipan data. Fasa kedua akan meliputi pemimpin tempatan, individu dan wanita yang berpengaruh di Balik Pulau. Setakat ini aktiviti temubual telah melibatkan 12 orang Pengerusi JKKKP dalam 13 buah kampung di Balik Pulau.

Temubual mendalam bersama Pengerusi JKKKP Kampung Permatang Pasir Tuan Haji Shaharani bin Haji Saidin

Temubual mendalam bersama Pengerusi JKKKP Kampung Sungai Pinang Encik Mohd Yusoff bin Salam

Temubual mendalam bersama Pengerusi JKKKP Kampung Jalan Bahru Encik Zainol bin Ahmad

Temubual mendalam bersama Pengerusi JKKKP Kampung Kongsi Tuan Haji Yusuff bin Haji Hassan

Temubual mendalam bersama Pengerusi JKKKP Kampung Sungai Burung Encik Halid bin Awang Hat

Pengerusi JKKKP lain yang telah ditemubual ialah:
  • Encik Sukiman bin Husain (Kampung Pulau Betong)
  • Tuan Haji Hamzah bin Md Ali (Kampung Perlis)
  • Encik Ali bin Md Zin (Kampung Simpang Empat)
  • Encik Rosman bin Long (Kampung Genting)
  • Tuan Haji Kassim bin Darus (Kampung Titi Teras)
  • Tuan Haji Abdul Hamid bin Abu  Hassan (Kampung Terang)
  • Tuan Haji Birahim bin Haji Md Saman (Kampung Sungai Rusa)

Selain itu, beberapa orang pemimpin tempatan telah ditemubual meliputi wakil rumah ibadat, sukarelawan, pemimpin belia dan wakil agensi kerajaan seperti Rumah Nur dan TEKUN.

Temubual mendalam bersama Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Barat Daya Encik Ahmad Fauzi bin Kamis



Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Fasa I

PERUSAHAAN BATIK

Contoh kreativiti corak batik yang dicanting oleh penduduk kampung

Perusahaan batik juga salah satu daripada hasil tangan penduduk Balik Pulau yang menarik perhatian krew dari kluster sosio-budaya. Hal ini kerana sangat jarang perusahaan batik dapat ditemui di sekitar Pulau Pinang. Perusahaan batik yang dimaksudkan dijalankan di Kampung Sungai Rusa. Perusahaan ini diusahakan oleh Encik Latif untuk menjana pendapatan ekonomi. Beliau merupakan satu-satu pengusaha batik di Balik Pulau. Batik yang dicanting sangat cantik dan mempamerkan rekaan yang kreatif yang berunsurkan flora.

PERUSAHAAN KEK

Variasi cupcakes

Variasi cupcakes yang dihasilkan oleh Puan Nor Azamima Binti Idris. Beliau merupakan seorang ibu tunggal kepada seorang anak. Perusahaan cupcakes kecil-kecilan ini menjadi sumber pendapatan utama bagi menyara keluarga. Beliau menjalankan perusahaan ini di rumahnya yang terletak di Kampung Permatang Pasir Perusahaan yang dijalankan pada tahun 2010 ini semakin berkembang dan mendapat sambutan daripada penduduk setempat walaupun tanpa promosi yang meluas. Selain daripada cupcakes, beliau turut menerima tempahan untuk membuat kek.

IKS LAIN YANG TERDAPAT DI BALIK PULAU

Selain daripada mencanting batik dan perusahaan cupcakes, terdapat pelbagai lagi IKS yang dijalankan oleh penduduk kampung Balik Pulau.

Antaranya seperti:


Berdasarkan tinjauan dan pemerhatian yang dijalankan, didapati penduduk kampung menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan di rumah dan kebanyakannya hanya menggunakan sumber tenaga kerja dalam kalangan ahli keluarga sendiri. Selain itu juga, didapati terdapat perniagaan yang diusahakan berpotensi besar untuk dimajukan kerana penduduk kampung yang terlibat bukan sahaja bersungguh-sungguh menjalankan perniagaan tersebut, tetapi mereka juga sangat komited  Cuma kekangan dari segi modal dan mesin yang menyebabkan langkah mereka untuk meluaskan lagi perusahaan tersebut sedikit terganggu.

KEMUDAHAN PENDIDIKAN

Sepanjang menjalankan kerja lapangan di Balik Pulau, kami mendapati terdapat banyak kemudahan pendidikan. Rata-rata penduduk setempat mendapat pendidikan di Balik Pulau. Antara kemudahan pendidikan yang terdapat di Balik Pulau seperti berikut:
  • Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM)
  • Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) 
  • Sekolah Menengah Kebangsaan(A) Maahad al-Mashoor Al-Islami 
  • Sekolah Vokasional
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Balik Pulau
  • Sekolah Menengah Kebangsaan ST George (M)
  • Sekolah Menengah  Kebangsaan Pondok Upeh
  • Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa
  • Sekolah Kebangsaan Pulau Betong
  • Sekolah Kebangsaan Sungai Korok
  • Sekolah Kebangsaan Titi Teras
  • Sekolah Kebangsaan Genting
  • Sekolah Kebangsaan Sungai Pinang
  • Sekolah Kebangsaan Kongsi
  • Sekolah Kebangsaan Balik Pulau
  • SJK (C) Tar Thong
  • SJK (C) Sacred Heart

AKTIVITI PERSATUAN

Penduduk kampung juga mempunyai persatuan-persatuan yang ditubuhkan di setiap kampung. Aktiviti ini dijadikan sebagai sebuah komuniti yang dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk kampung. Persatuan-persatuan ini aktif menjalankan aktiviti-aktiviti seperti gotong- royong, marhaban, kelas fardu ain, bentara dan permainan tradisional sepak raga. Selain itu, terdapat satu aktiviti keagamaan yang dijalankan sekali dalam setahun di Rumah Sulub. Aktiviti ini mendapat sambutan daripada orang luar dari Balik Pulau.


Rumah Ibadat Sulub



Aktiviti Pemetaan

Pemetaan di kampung-kampung Balik Pulau merangkumi 13 buah kampung. Kampung-kampung yang terlibat Sungai Rusa, Simpang Empat, Pondok Upeh, Sungai Burong, Genting, Terang, Titi Teras, Pulau Betong, Sungai Pinang, Kongsi, dan Kampung Perlis.

Objektif  utama aktiviti pemetaan dijalankan adalah untuk mengenal pasti lokasi Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang terdapat di kampung-kampung tersebut. Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk mengetahui aktiviti sosio-budaya yang dijalankan oleh masyarakat setempat antaranya seperti sambutan Maulidur Rasul, marhaban, silat dan permainan tradisional.

Aktiviti ini telah mendapat kerjasama dari wakil-wakil di setiap kampung.

Pemetaan bersama ketua Kampung Sungai Rusa

Contoh pemetaan yang dilakukan di Kampung Simpang Empat



Bengkel Kemahiran “In-depth Interview” Oral History untuk Pembantu Pelajar (PP)

Bengkel ini telah dijalankan pada 26 Mei 2011 bertempat di Bilik Tutorial Sk 101. Tujuan utama bengkel ini dijalankan adalah untuk memantapkan semua pembantu pelajar bagi menyediakan mereka untuk menjalankan aktiviti oral history yang diadakan bermula pada 29 Mei 2011. Pembantu pelajar diberi taklimat tentang cara-cara untuk menjalankan indepth interview dan juga cara untuk  mengendalikan alat perakam yang akan digunakan oleh pembantu pelajar.

Bengkel Kemahiran “In-depth Interview