Demografi Balik Pulau


Balik Pulau merupakan sebuah bandar yang terletak di barat Pulau Pinang, Malaysia. Balik Pulau terkenal dengan buah durian dan buah pala ditanam oleh peladang Cina dan orang Melayu. Durian di sini sedap dan berbuah cantik kerana buahnya diikat dengan tali bergayutan rendah di atas pokok. Balik Pulau juga terkenal sebagai "The Village Behind The Island". Balik Pulau terletak dalam Daerah Barat Daya, satu daripada lima buah daerah pentadbiran negeri Pulau Pinang.

Buah durian

Secara congak, Balik Pulau mencakupi kawasan seluas hampir 200 km persegi, yakni hampir separuh Pulau Pinang (tidak termasuk Seberang Perai) ataupun sekitar 20%  negeri Pulau Pinang. Begitupun, penduduknya hanya berjumlah sekitar 50,000 orang, yakni cuma 3% penduduk negeri Pulau Pinang yang berjumlah sekitar 1.6 juta orang. Justeru, Balik Pulau secara amnya masih dalam kategori 'desa' dengan kebanyakan bahagiannya masih dipenuhi dengan hutan-hutan simpan, kawasan pertanian dan kampung-kampung tradisi.

Balik Pulau juga adalah salah satu daripada tiga belas kawasan Parlimen dalam negeri Pulau Pinang mencakupi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Teluk Bahang, Pulau Betong dan Bayan Lepas (tidak termasuk kawasan Perindustrian Bebas Bayan Lepas).


Muka Bumi


Peta Pulau Pinang

Balik Pulau terletak di belakang Bukit Bendera dan mengadap Lautan Hindi dan Selat Melaka. Oleh itu, ia terdedah kepada ombak besar seperti tsunami pada tahun 2004. Pekan ini agak terpencil dan lambat membangun berbanding dengan bandar Georgetown. Jalan perhubungan hanyalah jalan raya dan bot nelayan. Jalan raya dari Bayan Lepas di selatan dan dari Teluk Bahang di utara. Jalan tengah dari Relau. Jalan raya ini terpaksa mengelilingi kawasan berbukit-bukit seperti di air terjun Titi Kerawang.  Dari atas bukit anda dapat melihat kawasan Balik Pulau yang landai di tepi pantai.

Antara kampung yang terdapat di Balik Pulau ialah Kampung Batu Putih, Kampung Batu Kecil, Kampung Sungai Pinang, Kampung Sungai Rusa, Kampung Permatang Pasir, Kampung Pokok Manggis, Kampung Titi Teras, Kampung Permatang Tengah, Kampung Sungai Burung, Kampung Terang, Kampung Perlis, Kampung Genting, Kampung Genting Dalam, Kampung Shee Tan, Kampung Paya Simpang Empat Genting, Kampung Pagar Buluh, Kampung Masjid, Kampung Baruh, Kampung Seronok dan Kampung Binjai.

Secara keseluruhannya kawasan di sini menghijau kerana dijadikan hutan simpan. Antaranya ialah Hutan Simpan Bukit Gemuruh, Hutan Simpan Bukit Genting,, Hutan Simpan Pantai Aceh dan Hutan Simpan Teluk Bahang.

Antara lokasi berhampiran dengan Balik Pulau ialah Teluk Ara, Muka Head, Teluk Duyung, Teluk Aling, Sungai Tukun, Sungai Teluk Awak, Sungai Teluk Bahang,  Penang Butterfly Farm, Pusat Kebudayaan Pulau Pinang, Teluk Bahang, Teluk Mat Inca, Teluk Pisang, Teluk Nibung, Pantai Mas, Hutan Simpan Laksamana, Durian Orchards, Sungai Pinang, Air Terjun Titi Kerawang, Nutmeg & Clove Orchards, Bagan Kuala Sungai Pinang, Sungai Rusa, Sungai Samagagah, Sungai Air Putih, Titi Peropok, Hutan Simpan Balik Pulau, Kampung Melayu, Kuala Jalan Baharu, Kebun Besar, Sungai Burung, Pekan Genting, Sungai Nipah, Sungai Betung, Sungai Ara, Pulau Betung, Pasir Panjang, Teluk Dwalin, Gertak Sanggul, Teluk Gemuruh, Teluk Pasir Belanda, Teluk Bongkok, Teluk Kumbar, Teluk Arab, Teluk Pak Pajun, Teluk Cut, Teluk Pak Bidan, Panara dan Sungai Bayan Lepas.

Sejarah

Kawasan ini juga menerima kesan daripada kejadian Gempa bumi 26 Disember 2004. Terdapat satu lokasi yang sama taraf kepopularannya dengan durian iaitu Pantai Pasir Panjang. Pantai ini menerima tempias ombak tsunami pada 2004. Kem Pusat Latihan Khidmat Negara White House turut terdapat di sini. Resort ini menjadi pusat latihan kepada pelajar selepas menamatkan alam persekolahan.

Komposisi Penduduk dan Jenis Kemudahan Awam
Berdasarkan Bancian Penduduk Tahun 2005:

KETURUNAN
JUMLAH
PERATUS
Melayu
119,800
61.25%
Cina
52,300
26.73%
India
12,100
6.19%
Lain-Lain
11,400
5.83%
JUMLAH
195,600
100
Sumber: http://www.dbd.penang.gov.my

KETURUNAN
LELAKI
PEREMPUAN
JUMLAH
Melayu
59,900
60,000
119,800
Cina
27,427
24,873
52,300
India
6,484
5,616
12,100
Lain-Lain
4,950
6,450
11,400
JUMLAH
98,761
96,939
195,600
Sumber: http://www.dbd.penang.gov.my

Jenis Kemudahan Awam

BIL
KEMUDAHAN AWAM
BILANGAN
1.
Masjid
27
2.
Surau
28
3.
Tokong Cina
60
4.
Kuil Hindu
13
5.
Gereja
100
6.
Balai/Pondok Polis
15
7.
Balai Bomba
4
8.
Balai Raya
31
9.
Pejabat Pos
5
10.
Perpustakaan Awam
5
11.
Sekolah Menengah
11
12.
Sekolah Rendah
32
13.
Tadika
52
14.
Hospital Daerah
1
15.
Pusat Kesihatan
2
Sumber: http://www.dbd.penang.gov.my

1 comment:

  1. Bancian penduduk merujuk kepada Daerah Barat Daya - termasuk beberapa kawasan di luar Parlimen Balik Pulau. Harap dapat beri maklumat lebih terang. Terima Kasih.

    ReplyDelete